Sunday, March 13, 2011

basikal gear tetap?

Assalamualaikum,salam satu Malaysia aku ucapkan kepada seluruh story listener.terima kasih kerana tidak mengenal erti JEMU pun membaca blog aku.:)
selamat bercuti ok?

hm kenapa tajuk di atas sama dengan tajuk sebelum ini?oh sebentar,hari ini saya ingin cerita benda yang lain sikit.Apa itu fixie?tidak perlulah saya cerita kot.macamlah manusia zaman konkrit ni jahil2 belaka.Tapi aku ingin bersandiwara dengan korang semua mengenai apa dak dak Malaysia dah labelkan basikal ini.


Ok kita lihat dari segi positif.aku sendiri tidak menafikan memiliki fixie ini memang seronok seperti memiliki Mitsubishi Lancer.Aku tertarik dengan propaganda mereka yang ingin menjadikan Malaysia negara berbasikal dan hak mereka sebagai pengguna jalan raya.Selain itu,gah membawa dia kalau dalam kampung rasa macam Salman Khan,hidung mesti kembang dek kerana bangga tak ingat.Selain itu,ia juga bagus untuk kesihatan.:)ingin juga aku melihat ngara kita seperti ini



OK kita lihat dari segi lain pula.Pertama sekali,fixie ini sudah dijadikan sebuah geng seperti rempz2 seluruh Malaya.Bukannya salah malah bagus kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Tetapi sesetengah komuniti agak berlagak langsi.Sebagai contoh,aie menceritakan dia dan sahabat2 motornya dalam 6-7 orang menghabiskan masa berbual2 di rumah beliau.mereka itu budak2 kampung dia juga.Secara tiba-tiba geng fixie yang entah datang dari mana datang dan dengan sengaja membuat trick berdekatan motosikal mereka.lepas itu ushar langsi dekat motor geng2 aie.nasib baik geng2 aie semua rilek2 dan chill.Yang paling popular sekarang apabila satu mamat fixie bersama gengnya yang beribu dengan megahnya men'sound' abang polis yang hanya menjalankan tugas.

Kedua,Penunggang fixie malaysia juga dah jadi macam rempz sebenar apabila sekarang ni diorang main cilok2 lalu ikut kereta dan lalu tengah jalan.Apabila di lampu isyarat,mereka ini akan berkumpul di depan sekali.Apabila lampu hijau,mereka akan bergerak lalu menyusahkan kereta2 yang ada di belakang.Kemudian dengan tenang tidak mengikut jalan tepi.Apa salahnya membawa basikal seperti ini?




Ok jelas sekali mereka nak tunjuk mereka juga pengguna jalan raya.Sekarang aku tanya korang basikal korang ada nombor pendaftaran atau tidak seperti motor berkuasa tinggi LC yang berdaftar WTQ?korang ada bayar cukai jalan tak?jadi dah tahu hal ini ikutlah jalan tepi.tidak perlu nak gah2 sangat.respek pengguna lain :).Kalau kata hendak tiru macam negara jepun kerajaan mereka mempunyai jalan khas untuk pengguna basikal seperti ini





Pasal penampilan aku tidak kisah sangat kerana bagiku agak menarik dan sesuai pakaian2 yang dak dak fixie pakai.:)amat gah dan kacak melihat orang seperti ini

ini baru rider.:)



Jadi konklusi dia kita sebagai pengguna basikal kenalah bertamadun sedikit ok.bawa dengan selamat .ingat kalau satu pajero langgar 50 fixie sekali jalan pon boleh.jangan celakan status/imej basikal ini.:) jadikanlah ia satu keseronokan dan satu benda yang sihat.
Minta maaf kalau coretan ini mengecilkan atau membesarkan hati anda sekalian.saya tiada nawaitu untuk menyakitkan hati sesiapa.:)

Wednesday, March 2, 2011

mari update blog :)

Mari bercerita mengenai kisah hidupku semalam :)

Pada pagi selasa yang indah aku dengan nawaitu untuk belajar bersungguh2 datang ke sekolah.Tetapi hari ini tidak berjalan lancar seperti dalam fikiranku ini.waktu subjek bm aku oran g yang pertama berdiri kerana tidak hantar karangan bm sedangkan aku sudah lama menyiapkan kerja yang diberikan.Cuma aku x tahu bila tarikh hantarnya.Selepas itu semasa bahasa inggeris kumpulan aku dimarah lagi kerana tidak menyiapkan artikel majalah.dan seterusnya matematik tambahan aku orang yang pertama berdiri lagi sedangkan aku sudah menghantar kerja yang diberikan.hm fikiran mula serabut.Selepas loceng rehat,aku tidak masuk ke kelas kerana ingin menyiapkan tugas kelab TAHA.dak dak mana?dak dak TAHA!!!


Selepas pulang,perutku sudah mula mengeluarkan berbagai rentak bunyi.ada lagu SNSD,Metallica dan pelbagai lagi.perutku serius sakit.Pada petang hari pula,selepas berfantasi seketika,dak dak gear tetap pula datang ajak berbasikal.Antara yang mengikuti konvoi ini ialah airil,rasyid,haziq,amir,ajiq dan syah.ada terlepas nama?jadi kami ke empangan batu dan menghayati panorama seketika.pada malam hari aku tetap dengan perancanganku iaitu ke fitness first bandar baru selayang.:D
Sesudah tamat mengangkat besi2 dalam gim itu,kami pekena cap-teh di Restoran Bidayah.Untuk dipendekkan cerita,selepas balik baru perutku dah mula buat hal.tidur malam ni merupakan antara tidur yang paling tidak lena dalam sejarah melayu.selang 30 minit pasti ke tandas.badan pun sudah mula demam.:(

Jadi aku memutuskan cadangan untuk tidak ke sekolah hari ini.Sekadar berehat dan pergi ke klinik.belajar?ada sedikit ku telaaah mata pelajaran matematik tambahan.:)


pengajaran untuk kisah ini ialah kita mesti menjaga kesihatan badan dan sentiasa berdoa apabila ditimpa penyakit.