Wednesday, March 2, 2011

mari update blog :)

Mari bercerita mengenai kisah hidupku semalam :)

Pada pagi selasa yang indah aku dengan nawaitu untuk belajar bersungguh2 datang ke sekolah.Tetapi hari ini tidak berjalan lancar seperti dalam fikiranku ini.waktu subjek bm aku oran g yang pertama berdiri kerana tidak hantar karangan bm sedangkan aku sudah lama menyiapkan kerja yang diberikan.Cuma aku x tahu bila tarikh hantarnya.Selepas itu semasa bahasa inggeris kumpulan aku dimarah lagi kerana tidak menyiapkan artikel majalah.dan seterusnya matematik tambahan aku orang yang pertama berdiri lagi sedangkan aku sudah menghantar kerja yang diberikan.hm fikiran mula serabut.Selepas loceng rehat,aku tidak masuk ke kelas kerana ingin menyiapkan tugas kelab TAHA.dak dak mana?dak dak TAHA!!!


Selepas pulang,perutku sudah mula mengeluarkan berbagai rentak bunyi.ada lagu SNSD,Metallica dan pelbagai lagi.perutku serius sakit.Pada petang hari pula,selepas berfantasi seketika,dak dak gear tetap pula datang ajak berbasikal.Antara yang mengikuti konvoi ini ialah airil,rasyid,haziq,amir,ajiq dan syah.ada terlepas nama?jadi kami ke empangan batu dan menghayati panorama seketika.pada malam hari aku tetap dengan perancanganku iaitu ke fitness first bandar baru selayang.:D
Sesudah tamat mengangkat besi2 dalam gim itu,kami pekena cap-teh di Restoran Bidayah.Untuk dipendekkan cerita,selepas balik baru perutku dah mula buat hal.tidur malam ni merupakan antara tidur yang paling tidak lena dalam sejarah melayu.selang 30 minit pasti ke tandas.badan pun sudah mula demam.:(

Jadi aku memutuskan cadangan untuk tidak ke sekolah hari ini.Sekadar berehat dan pergi ke klinik.belajar?ada sedikit ku telaaah mata pelajaran matematik tambahan.:)


pengajaran untuk kisah ini ialah kita mesti menjaga kesihatan badan dan sentiasa berdoa apabila ditimpa penyakit.

No comments:

Post a Comment