Tuesday, October 25, 2011

Zati Syazwina.

















siapakah gadis yang membuat muka comel plus ala2 macam kat korea ni?anda kenal dia?x kan x kenal taiko Puncak Templer?hee :D.So Zati Syazwina,ezat ingin wish Happy 14 th bday!!.wohoo!dak2 dah semakin x dak2 ah neh?:p.Sorry ah okay ezat ingat nak call pukul 11.50 time nak 26 haribulan(nak buat kelainan ah konon,please!) but malam2 ni tiba2 sahaja telefon bimbitku yang x beberapa pintar(unsmart phone) menghilangkan diri.dalam nawaitu ingin bersekaip dan bertentang mata sahaja di lensa komputer tetapi wina sudah dibuai fantasi.Semoga Allah merahmati anda sentiasa dan selalu dilimpahkan dengan rezeki yang banyak. inshaAllah.:)

Jadi story listener semua,mari ler aku nak bercerita serba sedikit mengenai kami. x banyak pun.
















Nama Dia Zati Syazwina Binti Mohd Jamil.kitorang kenal di pusat pengajian Darul Ehsan,Selangor.X silap aku masa tu aku form 3 dan dia form 1.haa dia dah mula perasan akan muka hensemku ini di myspace kot masa tu.wina ni pada asalnya gf si Syamil.Jadi dari jauh ku lihat/tatap/jengok/ushar/pandang/hendap muka dia ada gaya2 sombong sikit.Jadi Malas ingin mengambil port.x kesah la port dickson mahupun port klang.Jadi nak dipendekkan cerita lepas habis PMR,disebabkan ada masalah tertentu.kitorang jadi rapat.wina ni pun berkongsi masalah dengan aku di laman facebook dan sebagainya.masa tuh baru lah ku tahu wina ni baik orangya.dan aku rasa aku rapat dengan dia pun sebab dak2 lah kot dengan zaidi zainuddin.Since tu kitorang bertambah rapat and sampai lah ke harini dan insyaAllah sampai hembusan terakhir.:).tetapi yang sedih ala2 cerita korea ialah apabila aku ingin meninggalkan Darul Ehsan.Masa tu dia berada pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.memang tragik.x challo2 pun di sekolah.tetapi malam terakhir aku di rumah dan ketika itu dia dah sampai rumah.kami bersekaip satu pagi.pagi tu dia tunjuk semua gambar dia kat mekah dan madinah satu per satu!lepas tu siap bercerita bagai semua.memang membuatkan jiwaku hiba.dari aku bertolak sampai lah tiba kat kuala lipis tu teringat2 je insiden pagi tuh.dan berita baiknya simtom skype kitorang melekat sampai sekarang.


Apa yang ada dengan wina ni?


AURA.hehe.serius kabo.wina ni mempunyai beberapa kateristik yang membuatkan diriku nak dekat dengannya.Antaranya wina ni orang dia jenis yang layan.contohnya,masa kegemilangan DAK2 dulu rasanya dia juga antara orang yang menaikkan benda tuh.oh pastu yang taiko selayang lah,taiko puncak temper ah,pegang kelantan ah.lepastu dia minat satu2nya cerita jepun bersiri yang aku tengok setakat ni iaitu 'my boss my hero'.ada la persamaan kat situ en.dia ni juga keluarga ahli muzik.ayah dia umpama shah kamikaze bermain gitar.cerita omputih 'scott pillgrim vs the world' juga merupakan filem omputih yang kami berdua minati.lepastuh dia ni x gedik langsung.Jadi dari situ nampak keikhlasan dia.:D.cara dia bercakap,gambar2 di laman sosial,semualah.haa dan muzik.citarasa memang sama kecuali Hujan sebab dia x minat lagu melayu.hmm.Seterusnya,Suara dia.:D.apabila anda menelefon dan dengar suara 'hello?'.pasti korang ingat professor mana yang angkat.hehe.suara dia teramatlah besar seperti professor einstein.dan mukanya sekali apabila berkaca mata.dia juga suka buat muka saintis dia tuh apabila bersekaip.:).











bersama bruno(bajet je)








Jadi kini aku berani mengatakan wina ni merupakan junior yang aku sayang!.:).Jadi ke seleksi syahdu,thanks wina sebab selalu layan ezat tanpa rasa bosan dan terus layan.thanks jugak sebab masih ingatkan ezat walaupun ku nun jauh di sana,kau jauh di sinun.:D.harap teruslah tidak melupakan ezat.jaga diri elok2,jadi selamat maju jaya dalam hidup!selalu berdoa okay?maaf sekali lagi sebab kes wish kejutan x menjadi.dan kata akhir,single terbaru syazwina tu akan disiapkan secepat mungkin okay?bye!!!!!





nota tambahan-esok balik maktab.skype camno?

Monday, August 29, 2011

raya oh raya.

secara automatik tiba2 jariku ingin membuat sedikit exercise lantas ku terus mengarang.Alhamdullilah kerinduan tahap impak maksima kepada teratak ku ini sudah dilepaskan.Ramadhan juga ku lalui dengan iman dan taqwa yang penuh.:)

Tiada apa2 yang ingin ku karang Selain susun formasi 4-4-2 jariku yang sepuluh ini meminta maaf.Yang jauh,dekat,rapat,ketat,sendat,padat.jikalau jiwa korang panas mengalahkan ghost rider dan jiwa korang hiba mengalahkan melihat cerita hindustan dek kerana diriku ini yang sememangya tidak sempurna,ampun ya.

Tahun ini ku sambut Syawal di tempat yang diiktiraf sebagai kawasan yang paling disayangi di dunia iaitu SELAYANG KU SAYANG.di samping sedare2,ku harap dapat menyambut lebaran bersama sabahabat2 handai yang disayangi mahupun benci.


Akhir kata,main mercun elok2.piece story listener :)

Saturday, July 9, 2011

watak TERKILLER!!











Siapakah dia??berambut ala ankh kamen rider,tubuhnya kurus,mukanya legend tapi hati cute,berkaca mata,kulitnya melayu tegar,.

dialah MUHAMMAD KHAIRI BIN RASHID.

Siapakah arjuna ini?

Hari ini tajuk kita mengenai satu watak yang memainkan peranan besar dalam ekspedisi hidup aku.Jadi bila bercerita mengenai watak mesti ada watak dan perwatakan.Mari kita selami sama2.

Watak

-berusia 16 tahun
-berambut hitam,berkaca mata,kurus dan tinggi.
-Mengambil PHD di SMK Darul Ehsan jurusan lukisan kejuruteraaan(A level)
-Menetap di Selayang Baru
-Jejaka tertampan di kawasan Batu Caves
-Memiliki blog yang sangat menarik.
-Presiden Kelab TAHA,Pengawas SPBT.erti lainnya berjawatan tinggi-
-Memiliki persoaniliti yang menarik.
-Memiliki sebuah motor berkuasa tinggi LC 135.WTQ.
-Bekerja sebagai kaunselor separuh masa di laman sosial twitter atau di telefon bimbit.siapa yang mempunyai masalah,sila hubungi dia.

Perwatakan
-Seorang yang sangat ceria dan tidak suka bersedih.
-Pandai membahagikan masa antara akademik dan masa peribadi.
-Seorang yang rajin dan bijak.
-menepati masa.
-Apabila dia mahukan sesuatu,dia akan cuba sehingga nafas terakhir.
-berkawan dengan semua golongan manusia.maknanya tidak sombong.
-Suka membuat lawak tapi kebanyakannya lawak Amir.
-Rajin melukis.
-dan yang paling penting,mempunyai SEMANGAT SETIA KAWAN YANG TINGGI.

Bagaimana kami berkenalan

-Aie ini dulu lain skit dari sekarang.orang memanggilnya mat remp-it.sejak dari form 1,dia tidak pernah gemar akanku.Tapi Manusia berubah.Dia belajar dari pengalaman dan mula rapat denganku dari tingkatan 3.

Bagaimana mahu menghubunginya?
-Aie twitter

Ingin berkongsi masalah dengannya?
-Aie twitter

Nak ajak race dengannya?
-Aie twitter

Nak one by one sparing?
-Aie twitter

Nak makan sama2?
-Aie twitter


Jadi kepada Aie,terima kasih setinggi gunung Everest aku ucapkan kerana menjadi watak yang penting dalam diriku semenjak tingkatan 3.kau macam kenal la plak erti bosan layan aku ni.Sekarang ni kita Jauh,tapi aku rasa mcam duduk kat Selayang lagi dengan kau.Aku sendiri tak tahu nak balas mcam mana.Banyak sangat jasa kau dah buat dekat aku.Dan yang paling penting jasa yang paling terbaru.aku rasa kau seorang sahaja kawan yang boleh membuat jasa sebesar itu.Cuma Allah SWT je yang boleh balas jasa kau.thanks sahabat.;)

Saturday, June 25, 2011

satu malam di hotel kuala lipis(jerantut)

Maaf coretan ringkas lagi kerana masa mcam cemburu dengan kita.Jadi firstly kudos kepada ayanda bonda kerana sudi datang jauh dari Selayang ku sayang untuk melawat diriku di sini.Sayang babah n mama.2ndly,kudos to fara fuyoo kerana memasukkan lagu2 yang begitu merdu di dalam pemain mp3 ku ini.:).yang ketiga,kudos to muhammad khairi kerana memberi cd kamen rider pada diriku :).Jadi mari rumuskan aktiviti aku.

-on9 sampai mata tiba2 ada corak seni berwarna merah.
-menahan kelopak mata dari ditutup melihat cd kamen rider.
-melihat maharaja lawak dari episod minggu lepas sehingga final.memang best bro.masih sayang pada jozan.dia tahu,dia gadisku,


BYE!!!

Sunday, June 12, 2011

adios amigo :')

terima kasih sejuta kali kepada sesiapa meluangkan masa bersama aku,nak ku coret nama satu per satu pun x sempat.Cuma jiwaku terasa gembira kerana masih ada yg sudi melepak bersama ku.Aku harap dapat jumpa kamu semua pada masa akan datang. x lupa kepada story listener yang x letih jari kelingking dan semua jari menaip akubukanfotogenik di komputer riba mereka.inshaAllah,kita akan berjumpa lagi ;)



Thursday, June 2, 2011

satu malam bersama hazrul hazim.:)

hari ni tiada topik yang kita hendak bincangkan.hari ni kembali ke plot asal iaitu ceritera Ahmad Izzat Syameer.:)

Tema kisah hari ni ialah satu malam di rumah Hazrul Hazim yang sudah bertahun2 plan tapi sekadar perancangan fantasi.Kini menjadi realiti.:D


Plot bermula dengan abangku yang tersyg menghantar ke rumah hazz pada petang rabu.Disebabkan ada kesulitan,Aku menumpang teduh di rumah haris lalu bermain tenis dengan semangatnya serta peluh membasahi pipi tetapi sekadar bermain permainan wii.:).Setelah sampai Di rumah hazz,Dengan perasaan gembira tahap roller coaster,kami sekadar duduk2 dan berbual2.Dari topik2 kampung smpai topik taraf antarabangsa,sehingga pukul 3 pagi kami berbual.


keesokan harinya,seperti yang dijanjikan,Piala tengkorak badminton pada pukul 8.30 pagi.Kami dengan semangatnya menepati masa.YE,8.30 pagi,kami baru bangun.bersiap dan terus keluar rumah mengejar waktu yang dah leading jauh,kami berjalan turun umpama bolt dan dijemput kakak faiz.tup tup smpai dah selayang mall ku bersih.(???)


RAMAI YANG HADIR.itu yang seronok.kami terus bermain dengan bersungguh2nya untuk mengecilkan phospolipid bilayer yang sedia ada.Akhirnya,kami semua akur akan kekuatan Haris Fadhillah.Beliau merupakan pemain terbaik hari itu.Syang sekali tiada kehadiran misbun sidek.kalau x dah lama haris kena ambil jadi pemain MALAYSIA.

Lari dari plan,kami menjamu Selera di Restoran 5 star direstoran food court.makanan yg dipesan chickeno riceo.tiba2 tukaq plan lagi.Semua sepakat untuk brentap bowling.Main 3 set plak tuh.Masa ni kadar nadi degupan jantungku mencapai 300 kali seminit akibat rasa gembira tak terhingga.Masa berbaloi bagiku.Sepatutnya haris boleh menang tapi x adil lah untuk semua.pemenang jatuh kepada Ahmad Izzat farah idayu lah.terima kasih kepada rakan seperjuangan iaitu Ayu kerana berjuang gila habis habisan memberi sokongan moral dan x baling lansung.:)


Setelah itu pulang ke rumah hazz dan menghabiskan masa berkualti bersama hazz,aie dan faiz.dengan mak hazz borong satu pasar malam,kami duduk mensendatkan hubungan silaturrahim.:)


Konklusi cerita ini ialah cara aku mencoret hari ini tidak cukup untuk menggambarkan perasaan gembira aku.terima kasih kepada hazrul,hanis arissa,AIE ,rasyid aww haha,peca,ayu,natrah,ian,faiz,Haris,haziq cool,haziq antara gapi kerana membuatkan urat senyumku terputus.






Monday, May 30, 2011

sahabat,ya mereka akan berubah,

Assalamualaikum story listener.Tidak dapat dinafikan senyum terukir tahap impak maksima apabila dapat bercuti.Panorama kehidupan sekolah harian dapat ku tatap kembali. .Jadi tanpa membuang detik kita terus ke jalan yang benar iaitu topik2 intelektual yang akan ku bincang.biasalah budak2 pandai neh mana ada topik2 biase2. :3


Aku rasa introduksi untuk topik ni x perlu ku ulas lanjut kot sebab aku rasa majoriti dah cerita benda ini kat blog/fb/twitter/ms/youtube atau laman sesawang yang ada hubungan darah dengannya.Semua dah cerita mengenai rakan2 mereka,mcam2lah.Jadi tanda tanya kat sini betul ke rakan2 sudah dikatakan rapat dengan hanya memaparkan mereka di laman2 ni?


Percayalah,setelah merantau di Lipis State yang bersuhu 0 celcius,apabila pulang kita akan sedar siapa kawan sebenar kita.Memang aku tidak mengharapkan paluan kompang yang deras apabila jejak kaki ke Selayang ini.Cuma aku Sedar ramai yang sudah berubah dan tidak seperti dulu.Mari kita bincangkan faktor2 mereka berubah.

1.Terpengaruh dengan kawan lain
2.Rasa mereka diri mereka hot dan rasa zaman ni zaman mereka.maklumlah budak high school la katakan.
3.Ada masalah2 individu.
4.Tunjuk identiti sebenar bila kita dah blah.



Aku tidak mahu spesifikkan orang ni kerana aku mengarang secara umum.Antara contoh2 aku boleh bagi.

1.Mula2 punya rendah diri,balik2 tengok punya lah dah PANAS umpama maggie yang sudah dijerang.kalau sentuh melecur.
2.Dulu punya rajin bertegur kat laman sosial semua,sekarang ni jari jemariku yang menaip perkataan 'hai :)' kat diorang.
3.Masa tingkatan 4 tahun lepas dia masuk asrama,hari2 hantar mesej kat aku,punya la kemaruk bercinta.sekarang aku masuk asrama,dia dah tingkatan 5 haram nak mesej.


Tapi aku juga merasakan kami yang berpindah ni je yang rasa sendiri . Orang baru berhijrah ke asrama ni perlukan perhatian lebih.Rasa bosan menyelubungi jiwa,rasa seperti mahu telefon semua yang ada dalam senarai panggilan.Jadi kebetulan insan yang dihubungi pula sibuk.terus cop mereka sombong dan sebagainya.Hal ini aku x dapat tolak.:)


Jadi nasihat aku kepada semua umat Adam dan Hawa sayangilah kawan anda walau berapa marhalah pun mereka berada.Jangan hipokrit okay!!aku syg kawan2 aku.








Sunday, May 1, 2011

kepoh kepoh kepoh :)

Assalamualaikum.Minta maaf kerana aku tidak mencoret,mengarang,menulis,atau apa2 pun yang sewaktu dengannya.aku juga menyepi,menghilang,ghaib secara tiba2.untuk pengetahuan story listener.aku sudah berhijrah ke mrsm Tun Ghazali ShafieKuala Lipis,Pahang.Minta maaf kerana tak beritahu story listener kerana kesuntukan masa.Sudah lebih sebulan aku di sana.Jadi malas mahu cerita panjang dan tiada idea dalam kotak minda jadi mari kita panggil mr Kepoh ke laman ini.


Hye u all!!!ini pertama kali i datang sini sebab nak soal siasat tentang si penulis yang lama menghilang.woah class gitu.jom kita gali.


Mr kepoh:

Jadi i difahamkan u lama menyepi.u pergi mane?

Penulis :

erm,sila baca di atas :)

Mr kepoh :

Oh sorry.i mmg mcam tu.so kenapa u x bagi tahu dekat story2 listener
yang u nak pindah?adakah u terlalu bangge and bongkak nak jadi pelajar mrsm?



Penulis :

eh,Tidaklah begitu,macam saya katakan saya kesuntukan msa dan waktu.Tetapi sya
bagi tahu je semua kawan2 tersayang kat sekolah cuma ada la beberapa orang
yang x sempat diberitahu.sya juga kelam kabut masa dapat tawaran sampai tak ada
masa nak mengarang kat sini.



Mr kepoh :

Oh ye er.Oh my god(sambil tangan di dada and dongak ke atas).so u balik ni
x bagi tahu pun member2 u?u dah x ingat kat diorang ke?



Penulis :

eh,x ada lah malahan saya lah jadi orang paling kecoh masa nak balik.dan hari sabtu
lepas saya bermain badminton bersama rakan2 tercinta cuma x dpat lah jumpa semua
kerana masing2 ada komitmen sendiri.kita rancang tapi tuhan tentukan.



Mr kepoh:

oh please.hm so mcam mana life u dkat mrsm?mesti la u ok tersangat2 kan?
maklumlah dah bukan pelajar sekolah harian



Penulis :

Oh apa yang sya boleh katakan kat sini saya masih lagi menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru.Baru sebulan kat sini.Kawan2 kat sini baik2 belaka.Malahan
saya ada seorang kawan nama dia nabil daniel.Dia ni laki paling kasanova,comel
kat maktab and dia masih single.:)cikgu pun baik2 belaka.Tetapi biasalah
simtom2 dak2 baru iaitu demam rumah.,mungkin masa akan mengubah.pasal
sekolah saya tetap akan syang DE smpai bila2.



Mr kepoh :

So u kata bdak mrsm gempak ah?wutever.-.-



Penulis :

ni soalan ke?oh dua2 sekolah sama baik cuma sya masih syangkan member sekolah
lama.


Mr kepoh:

apa link yang u bukak masa 1st on9?


Penulis :

Oh blog wina kerana link dia memang ada save kat tab atas :)


Mr kepoh:

orang yang u contact masa 1st jejak kuala lumpur?


Penulis :

mestilah parents.


Mr kepoh:

nak tanya status u sekarang,single ke mcam mana?


Penulis :

wah2,dah lari tajuk ni,hm saya belum kahwin lagi haha :D

Mr Kepoh:

hm jawapan standard.so any last word?



Penulis :

buat story listener,minta maaf sekali lagi kerana tidak memberitahu korang2 apa pun.
Sila doakan saya untuk hidup mendatang.Saya sayang anda semua.InshaAllah saya
akan mengarang dari semasa ke seamasa.selamat tinggal.

Mr kepoh:

Hm geli i.ok la i nak pergi link lain.boring lah sini.bye.



Sunday, March 13, 2011

basikal gear tetap?

Assalamualaikum,salam satu Malaysia aku ucapkan kepada seluruh story listener.terima kasih kerana tidak mengenal erti JEMU pun membaca blog aku.:)
selamat bercuti ok?

hm kenapa tajuk di atas sama dengan tajuk sebelum ini?oh sebentar,hari ini saya ingin cerita benda yang lain sikit.Apa itu fixie?tidak perlulah saya cerita kot.macamlah manusia zaman konkrit ni jahil2 belaka.Tapi aku ingin bersandiwara dengan korang semua mengenai apa dak dak Malaysia dah labelkan basikal ini.


Ok kita lihat dari segi positif.aku sendiri tidak menafikan memiliki fixie ini memang seronok seperti memiliki Mitsubishi Lancer.Aku tertarik dengan propaganda mereka yang ingin menjadikan Malaysia negara berbasikal dan hak mereka sebagai pengguna jalan raya.Selain itu,gah membawa dia kalau dalam kampung rasa macam Salman Khan,hidung mesti kembang dek kerana bangga tak ingat.Selain itu,ia juga bagus untuk kesihatan.:)ingin juga aku melihat ngara kita seperti ini



OK kita lihat dari segi lain pula.Pertama sekali,fixie ini sudah dijadikan sebuah geng seperti rempz2 seluruh Malaya.Bukannya salah malah bagus kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Tetapi sesetengah komuniti agak berlagak langsi.Sebagai contoh,aie menceritakan dia dan sahabat2 motornya dalam 6-7 orang menghabiskan masa berbual2 di rumah beliau.mereka itu budak2 kampung dia juga.Secara tiba-tiba geng fixie yang entah datang dari mana datang dan dengan sengaja membuat trick berdekatan motosikal mereka.lepas itu ushar langsi dekat motor geng2 aie.nasib baik geng2 aie semua rilek2 dan chill.Yang paling popular sekarang apabila satu mamat fixie bersama gengnya yang beribu dengan megahnya men'sound' abang polis yang hanya menjalankan tugas.

Kedua,Penunggang fixie malaysia juga dah jadi macam rempz sebenar apabila sekarang ni diorang main cilok2 lalu ikut kereta dan lalu tengah jalan.Apabila di lampu isyarat,mereka ini akan berkumpul di depan sekali.Apabila lampu hijau,mereka akan bergerak lalu menyusahkan kereta2 yang ada di belakang.Kemudian dengan tenang tidak mengikut jalan tepi.Apa salahnya membawa basikal seperti ini?




Ok jelas sekali mereka nak tunjuk mereka juga pengguna jalan raya.Sekarang aku tanya korang basikal korang ada nombor pendaftaran atau tidak seperti motor berkuasa tinggi LC yang berdaftar WTQ?korang ada bayar cukai jalan tak?jadi dah tahu hal ini ikutlah jalan tepi.tidak perlu nak gah2 sangat.respek pengguna lain :).Kalau kata hendak tiru macam negara jepun kerajaan mereka mempunyai jalan khas untuk pengguna basikal seperti ini





Pasal penampilan aku tidak kisah sangat kerana bagiku agak menarik dan sesuai pakaian2 yang dak dak fixie pakai.:)amat gah dan kacak melihat orang seperti ini

ini baru rider.:)



Jadi konklusi dia kita sebagai pengguna basikal kenalah bertamadun sedikit ok.bawa dengan selamat .ingat kalau satu pajero langgar 50 fixie sekali jalan pon boleh.jangan celakan status/imej basikal ini.:) jadikanlah ia satu keseronokan dan satu benda yang sihat.
Minta maaf kalau coretan ini mengecilkan atau membesarkan hati anda sekalian.saya tiada nawaitu untuk menyakitkan hati sesiapa.:)

Wednesday, March 2, 2011

mari update blog :)

Mari bercerita mengenai kisah hidupku semalam :)

Pada pagi selasa yang indah aku dengan nawaitu untuk belajar bersungguh2 datang ke sekolah.Tetapi hari ini tidak berjalan lancar seperti dalam fikiranku ini.waktu subjek bm aku oran g yang pertama berdiri kerana tidak hantar karangan bm sedangkan aku sudah lama menyiapkan kerja yang diberikan.Cuma aku x tahu bila tarikh hantarnya.Selepas itu semasa bahasa inggeris kumpulan aku dimarah lagi kerana tidak menyiapkan artikel majalah.dan seterusnya matematik tambahan aku orang yang pertama berdiri lagi sedangkan aku sudah menghantar kerja yang diberikan.hm fikiran mula serabut.Selepas loceng rehat,aku tidak masuk ke kelas kerana ingin menyiapkan tugas kelab TAHA.dak dak mana?dak dak TAHA!!!


Selepas pulang,perutku sudah mula mengeluarkan berbagai rentak bunyi.ada lagu SNSD,Metallica dan pelbagai lagi.perutku serius sakit.Pada petang hari pula,selepas berfantasi seketika,dak dak gear tetap pula datang ajak berbasikal.Antara yang mengikuti konvoi ini ialah airil,rasyid,haziq,amir,ajiq dan syah.ada terlepas nama?jadi kami ke empangan batu dan menghayati panorama seketika.pada malam hari aku tetap dengan perancanganku iaitu ke fitness first bandar baru selayang.:D
Sesudah tamat mengangkat besi2 dalam gim itu,kami pekena cap-teh di Restoran Bidayah.Untuk dipendekkan cerita,selepas balik baru perutku dah mula buat hal.tidur malam ni merupakan antara tidur yang paling tidak lena dalam sejarah melayu.selang 30 minit pasti ke tandas.badan pun sudah mula demam.:(

Jadi aku memutuskan cadangan untuk tidak ke sekolah hari ini.Sekadar berehat dan pergi ke klinik.belajar?ada sedikit ku telaaah mata pelajaran matematik tambahan.:)


pengajaran untuk kisah ini ialah kita mesti menjaga kesihatan badan dan sentiasa berdoa apabila ditimpa penyakit.

Sunday, February 27, 2011

coretan ringkas :)

Perhatian, dengan bangganya mengatakan saya sudah melakukan satu transformasi di dalam blog saya,bahasa dan gambar di atas neh.Cantik bukan??Ya2,Kotak minda anda mesti bertanya macam mana aku buat kan?haha.Semestinya bukan aku yang buat!Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada zati syazwina kerana dialah insan yang mengendalikan benda ini semua.

Maaf kerana saya tidak sempat mengarang.saya harap story listener usah marah ok?untuk pengetahuan kamu,UJIAN sudah berada sekitar simpang jalan.Tidak lama lagi ketuk depan rumah.Buku satu apa pun belum ku telaah.Semoga aku mendapat hidayah dari-Nya untuk membuka buku secepat mungkin.:)


Insha-Allah saya akan meriahkan blog ini dari semasa ke semasa.terima kasih.:)

Sunday, February 20, 2011

kayuhan pertama:)

Sebelum kisah bermula,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mama dan babah kerana sudi membelikan aku sebuah basikat gear tetap!story listener pon dah sedia maklum bahawa basikal yang lebih selesa dipanggil 'fixie' ini menjadi kegemaran muda-mudi zaman teknologi ini.:)

Pada pagi yang indah,burung berkicauan,ada yang bekerja,ada yang bergembira.HAHA.Pagi tadi merupakan kayuhan pertama aku secara rasminya.:)aku pergi bersama sahabat kawasan perumahanku.Aku,syafiq,aslam,huzair dan pitok bertolak ke destinasi kami iaitu empangan ulu yam pada pukul 8.00 pagi.Setelah sampai,terdapat sedikit pancaroba yang kami terima kerana pintu depan empangan ditutup.Nasib baik ada abang berbasikal rockbike tolong bukakkan.

Setelah sampai di puncak,nawaitu di hati kami ingin bergambar di atas bukit dengan panorama yang indah ,tapi sayang seribu kali sayang.Abang penjaga empangan yang berbadan ala2 batista datang kepada kami dan berkata 'dik,di sini x boleh tangkap gambar sebab..........'aku sendiri pun tidak tahu kenapa.Setelah puas mengayuh,Kami pun pulang dengan perasaan hampa kerana tiada satu helai gambar pun yang kami tangkap.Tetapi duka di hati terubat apabila kami bergambar jua di kawasan perumahan :D







hai saya Ahmad Izzat Syameer :)


























































































Azizul hasni Awang memecut!!!!!





















Mengikut perspektif diriku,aktiviti berbasikal seperti ini harus kerap dilakukan kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang malah menyihatkan tubuh badan dan menyelamatkan bumi ciptaan tuhan ini.Cuba kita lihat negara2 yang maju dari segi teknologi dan ekonomi seperti Jepun dan Korea.Mereka sendiri mengamalkan budaya berbasikal.Negara kita bila lagi??Sekian terima kasih :)



nota tambahan-Semoga azizul hasni cepat sembuh daripada kecederaan yang ditimpa tadi,perasaan sedih menusuk kalbu apabila dengar berita tadi.:(

Thursday, February 17, 2011

mendidih

Apakah yang dimaksudkan dengan mendidih???maksud mendidih ialah suatu benda yang telah dijerang atau dipanaskan dan perkataan yang digunakan apabila air itu mencapai tahap maksimum panas ialah mendidih.Tetapi tujuan aku mengeluarkan perkataan ini kerana perasaan hampa menusuk ke kalbu apabila perkataan mendidih digunakan oleh manusia zaman konkrit ini untuk tujuan lain.Tidak perlu penjelasan yang panjang,'Gua MENDIDIH la dengan lu'.:D


Pagi yang nian indah dapat aku rasakan apabila aku mendapat informasi kami semua akan ke dewan selepas rehat.Sebelum rehat,Ku timba sedikit ilmu b.i,sejarah dan matematik tambahan.Semasa rehat,aku pergi menjamu selera di tempat paling menarik dan menaikkan selera makan iaitu di tepi longkang.
Selepas rehat,aku terus ke dewan.Kami semua berselawat ke atas junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W,wiraku dulu,kini dan selamanya.Paling semangat masa ni memang Airil dengan Haziq ah.Mereka ni saing2 nik Aziz.Kemudian kami belajar sejarah serba sedikit mengenai Rasullullah dan lepaq lepaq tengok video mengenai anak yang tidak ada sebesar zarah pun dosanya tetapi dibuang dijalanan.nama sedap didengar,era globalisasi tetapi perangau serupa macam manusia zaman jahililah.
Setelah loceng berbunyi,aku terus ke bowling wangsa bowl untuk perjumpaan pertama kelab bowling.Malas mahu mengarang panjang,markah aku pun dah boleh gerak.Paling handal pada hari itu ialah syed azmeer kerana sekadar duduk di meja minum,menjadi mat jambu dan berpacaran.:)(tempat sesuai)l.dak dak barua pandai juga beramin bowling rupanya.Geng2 shalin seperti puteri,wan pun menghadirkan diri.Walaupun aku pulang lewat,tetapi aku masih boleh melemparkan senyuman setelah puas menghabiskan masa 'tensioning' di sekolah.Aku pulang menaiki teksi bersama kamarul,bob dan Najib Malaysia.


Pengajaran kisah aku pada hari ini ialah kita jangan terlalu tertekan dengan pelajaran dan hal sekolah.Apa salahnya sekali sekala kita menggunakan sedikit masa kita untuk hiburkan diri?jangan la asyik nak MENDIDIH je.sekian terima kasih

Thursday, February 10, 2011

dak dak mana?dak dak TAHA!

Malam semalam,aku khusyuk membuat kerja sekolah dengan penuh TEKUN.Jadi aku tidur lewat.Sedang aku lena dibuai dalam alam fantasi,telefon bimbit buat hal.dia sudah mula keluar nada2 supaya aku bangkit.Tetapi seribu kali sayang sekali kerana tilamku mempunyai kuasa tarikan magnet yang menarikkku kembali membuta.Buka kelopak mata,ushar waktu.7.00 pagi.semat x?



Sudah lambat,tiada transportasi pula.aku lantas mengejutkan babahku.Tetapi babahku boleh lagi acting cool.Seolah tiada apa2 berlaku.Siap2 sudah pukul 7.45.Kami pun gerak.Sampai sekolah pukul 8 kerana babah masih cool siap isi minyak lagi sebelum gerak.Mujurlah Kamarul jambu beritahu ada perjumpaan kelab.Sampai sahaja di sekolah sudah boleh lihat wajah aie dan am .Mereka hendak masuk kelab pelancongan.Setelah brainstorming,secara rawak ramai-ramai berhijrah ke kelab tabung haji aka taha.yeah!;D
Kelab ini merupakan kelab paling bongsu kat SMKDE.tahun 2011 tahun pertama.umi Zawiyah merupakan pengendali kelab ini.
Perasaan riak dan takabbur menusuk jiwaku apabila aku menjadi pengerusi kelab ini.jadi bawah aku semua barua-barua TAHA.hhaha.Syed jadi naib pengerusi.nabiel ajk form 4.Azim ajk form 2.rasyid taiko taha.ngam a tuh???












Siapa berani kacau kelab ni?:D













Selepas itu,aku naik ke Blok E yang DEKAT tuh.sejurus sampai perasaan aku masih hening dengan ketiadaaan ddi,hazz dan fadhli.hanya tinggal kamarul.Jadi aku teruskan visi menimba ilmu di dalam kelas.

Setelah bunyi loceng,kami merancang untuk bermain bowling dengan airil,nabiel,aie,am.Setelah berbincang di bilik SPBT.Akhirnya kami dengan semangatnya x jadi pergi.punca pertama am ah ada olahraga bagai.Jadi kami pun pergi ke zulqeff dagang house untuk membeli makanan.:)



Pengajaran dari kisah kali ini janganlah menjadi seorang yang pemalas.jadilah seorang yang berdisplin.Rancang hari anda sebetul-betulnya dan amalkan gaya bangun awal okayh!










Wednesday, February 9, 2011

:)

minta maaf story listener,pengarang A.K.A watak utama blog ini sedang mengalami masalah teknikal.kisah akan dikarang secapat mungkin..sekian terima kasih:)

Tuesday, January 25, 2011

hari jadi hari jadi:D

Kepada semua calon-calon PMR 2011,bersyukurlah selagi masih di alam tingkatan tiga.Dunia di tingkatan 4...pergh,x perlu bermadah la.ni la sebabnya aku jarang mengarang .:D
Kalau boleh hari-hari aku ingin berkongsi coretan hidup aku dengan korang neh.tetapi apakan daya,homework lagi sikit nak tinggi KLCC.dah habis pmr ni macam RAJIN.Apa pun yang berlaku,kita kena lah sentiasa bersabar dan happy .jalan raya ni tak ada lah terus je,mesti ada kona2 skit,kadang2 sampai kona maut.tetapi kita redah jugak kan???janganlah sampai terbabas okay.follow the track.x begitu aie??


pertama sekali,mucho grasias aku ucapkan kepada yang sudi wish hari jadi hamba.hanya luahan kata-kata yang dapat aku sampaikan.tak tahu nak balas mcam mana.maaf tidak sempat aku nak bagitahu seorang2..thanks to fara,aie,hazz kerana memberikan hadiah.x perlu lah cerita-cerita pasal bday aku ok??bukannya ada apa pon.:D


okay ni dak dak aquarius.ada siapa berani kacau??















22th januari










haaa gadis manis ni namanya farah anis binti Azman.:D
serius,kami memang satu kepala.
dari perspektif minat,pemikiran dan lain-lain.
kami suka gitar,kami suka M.U,kami dak dak bendahara
dalam ramai kawan-kawan,insan nilah tidak kenal erti jemu melayan aku.
dia ni juga seorang yang terus terang AKA tepat.
kalau dia suka,dia cakap suka,kalau tidak,tidaklah.
terima kasih lah kerana menjadi sahabat handai yang baik untuk diriku..

















23rd januari




nota tambahan-(nampak sangat muka baru bangun)










perlu ke cerita pasal dia ni??hhaha
banyak sangat kali dah promote kakak ni.:D
HEE hm o
1st dia weng skit
2nd dia periang
3rd dia suka buat lawak
4th dia x suka sedih
5th dia kakak yang baik
6th dia penyanyang
7th dia memahami
8th dia suka memuji
9th dia perasan cantik
10th dia pelupa
11th dia suka ambil gambar
12th dia cakap banyak
13th dia tidak pernah senyap
14th dia tidak suka orang sedih

15th,DIA BEST!!!;D

















24th january







nota tambahan-sumpah dah kurus oh.hahaa:D






HAHAHA.dia ni DBSK punya new singer??x kan x kenal kot??ni lah shahirah che rusli AKA kak cheyah..comel tak?

haa..mula-mula tengok kakak ni sumpah macam sombong gila.orang lain dia layan penuh dengan tawa,aku mcam di island kan plok.haha.rupanya sangkaanku jauh tersasar ke laut.dia ni tersangatlah peramah.dia ni rajin.serius.dalam DE,Ingin sekali ku ingin jadikan dia sebagai ADMIRE.mana tidak,dahla baik,rajin.pandai pulak tu.hee kami pon banyak persamaan.2010 kami berkongsi beg yang sama,dia nilah orang pertama yang mempegaruhi diriku ke alam KOREA.dia ni la first panggil aku JAMBU.:D
terima kasih dan maaf,panggilan tu tak melekat..HAHA






diorang-diorang ni jangan sesiapa berani kacau okay?
pada korang bertiga ada apa masalah jangan segan halu2 gua..:D
selamat hari jadi!!!!!

Wednesday, January 19, 2011

blog.

Apakah definisi blog??ada apa dengan blog?



Harini aku cuma mahu buat coretan ringkas.Di dalam kalbu minda tiada idea untuk mengarang buat masa ini.Aku cuma mahu mengucapkan tahniah kepada rakan taulan yang berjaya mendapat tawaran ke SBP.pergilah,masa depan korang..:)


Berbalik kepada tajuk,saya hanya mahu berbidas tentang blog.apa tujuan kita membuat blog??Blog ialah suatu hasil luahan lubuk hati kita dan kita luahkannya dengan mengarang.apa bezanya dengan diari??Diari ialah kisah hidup kita yang ingin kita rahsiakan manakala blog pula ialah kisah hidup kita yang kita ingin kongsikan kepada seluruh umat Adam dan Hawa.Aku sendiri tidak mempunyai diari kerana bagiku membuat diari bosan.tetapi ini perspektif aku.siapa yang membuat diari tu teruskan.aku tidak mengutuk.

Tetapi aku paling panas seumpama Hot fm apabila ada orang yang mengutuk blog aku belakang2.Tidak perlulah mengejek dengan mengatakan blog aku skema atau sebagainya.Memang semua berhak mempunyai perspektif tersendiri.Aku cuma ingin berkongsi kisah dengan kalian.Pada yang suka,billion terima kasih aku ucapkan.kalau tidak suka,cakaplah dengan aku terus terang.tidak pun nampak tanda X kat atas kanan tuh??silalah tekan.tidak perlu kutuk2 en,sampai juga kat pengarangnya..:)aku sendiri tidak pernah kondem blog orang.
siapa makan red hot chili peppers,dialah terasa pedas kaw2 nye..:D


Sekarang ni pada yang suka blog aku a.k.a story listener,Tiada kata untuk menggambarkan rasa terima kasihku.korang la punca aku masih lagi setia menulis.:D
mungkin tuhan sahaja yang mampu membalasnya..HAHAH.dari hati yang paling dalam sedalam dalam kerak bumi,aku sayang korang..<3


ok sekarang tugasku untuk membalas jasa budi orang yang pasarkan blog aku.Do you know who???CEH..Why i'm speaking london??:D
Kepada sesiapa yang ingin belajar bahasa omputih,marilah bertandang ke blog budak neh.dia ni dak2 ZAT.English dia..pergh,HEBAT!!aku suka blog dia..:D aku tidak pandai speaking:D



blog to learn English



dan yang terakhir kakak yang acap kali memuji blog aku..aku malu lah.dia ni kakak yang gila.tidak pernah nak sedih.senyum adalah full time job dia.HAHAHA.
dia hari ni sibuk pergi batu caves,,nak beribadat katanya.




blog willy


terima kasih.






nota tambahan-sesiapa perasan blog aku bahasa spain??haha sahaja nak tuntut ilmu bahasa asing.

Monday, January 17, 2011

Haris fadhillah and muhammad khairi..

SIAPAKAH MEREKA BERDUA????apa kena mengena dengan kisah ini??



Setelah berpuas berpesta dan bersuka ria di alam fana selepas tamat PMR,kehidupan tingkatan 4 tidaklah seperti yang aku sangkakan.banyak pancaroba yang aku hadapi.belajar fizik,kimia,biologi lebih berat dari sazali samad mengangkat dumbell seberat 200 kg.x terbawa aku dengan subjek2 ni.bagaimanapun,harus ku hadapi dengan tenang.:)

akibat leka menonton game bola semalam (seri plok m.u),aku tidur selama 4 jam shaja.dek kerana katil yang empuk,air liur setakung,telefon bimbit alarm cam KUAT,aku terlajak tidur.Apabila aku bangun,satu keluarga masih seronok bermesra dengan bantal2.aku terus bangun,siap2 dan lantas ke sekolah.


Harini mata pelajaran matematik dan matematik tambahan agak memeningkan jiwa,kepala dan lain2 yang sewaktu dengannya.hm tidak tahu betapa banyak dugaannya.hehe camne pon kenalah terima.bunyi sahaja loceng sekolah aku lantas ke spbt untuk menuntut ilmu bersama kak kuya.malangnya kak kuya bukan mengajar tetapi hanya tersengih dan menunjukkan giginya yang agak putih tuh.kemudian aku mengisi perut di Kedai Kelantan bersama MUHAMMAD KHAIRI,HARIS FADHILLAH,kamarul,hazz,syam kaduk,airil a.k.a brado misai a.k.a APEW.hahah



pengajaran yang ku dapat pada hari ini ialah macam pon dugaannya,sabor2 jela.cari konklusi mcam mana nak settle hal2 ni.



malas nak cerita panjang,aku nak market mereka2 ini.

kalau kalian mahu blog yang berprinsipkan perspektif,kehidupan seharian,beli2 barang.inilah dia


blog terbaik malaysia brunei




haa kalau korang nak blog2 yang chomel2 skit,cerita yang akan membuatkan korang terpersona.ni haa..


blog update setiap 1 jam





Wednesday, January 12, 2011

The history of dak dak..:)

hari ini anda akan hanyut dengan lautan kisah yang akan ku sampaikan..dup2.cerita agak saspens.Nadi mula bergerak kencang dan gundah gulana..HAHA.anda tahu sejarah mengenai dak2??Cuba tanya einstein.dia mungkin tahu .dak2 bermaksud sebuah kumpulan atau organisasi yang mempunyai anggota melebihi seorang.Ahlinya dipanggi dak2.Tetapi bukan kisah ini yang ingin aku ceritakan,bagaimana revolusi dak2 boleh menghantui minda dan saraf-saraf SMKDE.:)
Untuk pengetahuan Story listener,tiada nawaitu di hatiku untuk mengembar-gembur kan cerita remeh ini.ini ialah amanat Zaidi Zainuddin yang harus ku sampaikan dengan penuh Ikhlas.:)


plot kisah bermula pada pasca PMR.ketika ini gelak tawa sahaja yang aku dengar di gegendang telingaku ini.Apabila Di dalam kelas,ketika aku bernada mesti ada dak2 dalam setiap perbualanku.tetapi perkataan masa itu hanya dideskriminasikan.

Eksposisi kisah bermula.ketika itu Zaidi Zanuddin menaiki kereta Pajero Faiz A.K.A BOSS!!!haip!!!jadi terkeluar lah dari kotak suaraku'OH KAU DAK DAK PAJERO SEKARANG???'..ddi lah orang yang pertama gelak dan respons.ketika ini ddi gelak mengalahkan pontianak harum siang ikan.Malam itu kami IM di laman sosial Facebook.Memandangkan ddi ini famous mcam taylor lautner jadi agak susah im dengan mamat ini..setiap kali MESTI DIA BALAS AWAL..katil di sebelah mula berdendang.jadi aku pon hanyut dalam alam fantasi.apabila aku sedar esok..penuh kat IM,
'DAK DAK TIDOR DEPAN LAPTOP'...:D


Kemuncak cerita...masa2 sebelum ni tidak kisah lagi kerana dak2 ni macam masuk akal.Seyoginya dak2 ni untuk geng2 sahaja.tapi esok ketika di sekolah perbualan aku dengan ddi penuh ngan dak2.
contoh..
'ddi.jom gi tandas..'oh dak2 tandas ah??'
'ddi kau makan comot..'oh kau dak2 comot ah sekarang'
sampai aku dah frust gila ngan ddi aku pon ckap'AIK????TU PUN DAK DAK GAK??!!!'HAHAHAHAHA.haa dari sini ah punca semua berlaku.

Untuk penutup cerita bermulalah dak2 dalam setiap perbualan kami.hal ini kemudian diikuti dengan geng2 songsang..Hazz,nabell,marul semua..haha. ..tup tup tup..fara and the geng pulak keluar dak dak ben.haha.dalam sekelip mata sahaja perkataan ini merantau dan menjelajah SMKDE. .hahah.tak apa2,best2 ramai2 pakai.


Itulah sejarah bagaimana sejarah dak2 boleh terjadi.haha.jadi pada kau orang yang belum guna.gunalah..:)hahahaa.Selamat mencuba..:D







nota tambahan-perhatian dak2 SMKDE,be prepared untuk guna 'sumpah' pula dalam setiap perbualan korang.hahahaha.next plan.

Tuesday, January 11, 2011

happy happy happy lahir..:)

HARI LAHIR merupakan hari kita dilahirkan mengikut pada tahun korang lahir.hari lahir juga merupakan satu simbolik yang menunjukkan yang kita ni saban hari makin tua.Alhamdullilah,kita masih lagi dipanjangkan umur.di dalam arena mindaku hanya fikirkan aku yang tertua.tetapi anggapanku salah,ada lagi hari jadi nya lebih awal.









abang sweet ni muhammad khairi.bapak dia baru pencen jadi pengetua sekolah agamaku.dia ni merupakan kawan yang boleh buat 'geng'!!aie memang terbaik ah.
-3 JANUARI











abang kachak ni namanya putra Irfan.dia ni baru register kat fb jadi abang aku.Dia ni berbadan besar dan itulah mukadimah dia digelar bob.
-9 JANUARI










abang macho ni namanya Aezzadin Emir.Dia ni memang baik orangya.x sombong dan smart.
(LEK LU,SAP KOK LU SEPAM DUA)

-2 JANUARI









ni birthday paling latest!!Brado2 line Antara gapi neh namanya Muhd Nor Haziq.dia ni memang cool.jelingan manja dia agak ramai yang cair.Kami baru sahja couple dan so far so good.haha
-11 JANUARI










antra lain2 yang sempat lalu kat highway otak aku neh.
BIRTDAY
-Hazlinda
-Ong suu wan.
-enidran
-wan nur Aqeelah
-Asuhwini


Semoga mereka ini terus diberkati .inshaalah panjang umur,murah rezeki.semua ni baik2 belaka. perangai x de lah mcam barua bon.inshaalah berkat.AMIN:)

NOTA TAMBAHAN-yang aku lambat wish atau terlupa tu mintak maaf lah eh.ku susun sepuluh jari.manusia x ada yang sempurna.

Sunday, January 2, 2011

minggu tukaq plan:)

Jikalau dahulu jari aku terkedu kerana tiada apa yang dapat ku karang tapi kini ku rasa jari aku ter'freeze' kerana minggu ni menjadi minggu yang agak gila dan terlalu banyak untuk dikarang.omputih kata crazy week.hal ini kerana minggu ni tiada satu pon yang berjalan mengikut perancangan.orang kedah kata TUKAQ PLAN.haha.Ketika manusia sedang sibuk mahu ke alam persekolahan,aku masih lagi sempat dengan akitiviti2 ku.

jadi marilah kita simpulkan kembali aktiviti2 ku:)

Selasa.
-hari yang penuh dengan tawa ria dan amat menyeronokkan bersama sepupuku amie,anishanadjwa,hazz,ddi,faiz,amar,kak adlyn,kak diyana,najmi and SK.Apa yang membuatkan ekspedisi ini menarik ialah kami pergi bermain ice skating!sangat2lah mengiburkan jiwa ku.wohoo!!!di sini bermulanya unexpected thing or tukaq plan.haha.hari yg sgat meletihkan dengan segala pancaroba tapi semuanya berbaloi.






















i love them.

Rabu,khamis
-Tukaq plan yang kedua,aku merantau bersama hazrul hazim pi pulau yang terindah lagi iaitu port dickson..keluarga hazz sporting gila.mak cik,hanis,kawan hanis tuh semua okay jer.aku dan hazz menghabiskan masa mandi bersama2 dan suka ria bersama.haha tak abeh2 ngan lawak gay.dua harini merupakan hari yang tersangat2lah seronok:)

jumaat
-menghabiskan malam lepaking with hazz and friend and countdown new year.ni pulak antara malam yang susah untuk lari dalam memoriku.balik dengan amie pkol 2 pagi kot.giler lah!!tgok firework sejauh 60 marhalah bersama-sama;)
fun!!!


pandai x aku ringkaskan??
haha:)
2011,MAY THIS YEAR WILL BE BETTER THAN EVER.:)