Friday, December 24, 2010

Faiz Abdullah:)

Mari kita ulang kembali hari keputusan peperiksaan PMR.

'setelah 3 hari 3 malam aku tidur di HOTEL 5 star Hospital tawakal,aku bangun pagi,solat subuh,solat hajat dan bingkas turun.Setelah menjenguk babahku di ICU,aku turun bersama ibuku bersarapan di kedai berhampiran.semalam aku berfantasi aku mendapat 7a dan terkial-kial mencari satu lagi A.kotak hatiku mengatakan itu semua hanyalah ilusi.

Setelah pulang ke rumah menaiki teksi,aku terus ke SMKDE bersama abangku menaiki bahtera volvo.Sementelahan itu,aku terus naik dan ingin mengambil keputusan PMR.Titisan air mataku hampir terjatuh apabila aku hanya mendapat 7A 1B.ibuku lantas menghubungiku dan dia hanya senyap tanpa sebarang kata-kata.Setelah berlegar-legar di kawasan sekolah.Muncullah seorang insan bernama faiz Abdullah menghampiriku dan berkata'Tahniah tahniah tahniah'.WOW.terkedu gak aku.haih.thanks faiz:)
Sejarah dah termaktub dialah orang pertama yang kata 'tahniah' kat aku.haha

Mama aku masih diam membisu.dia agak hampa.tapi insan yang membuatku aku masih ingin berdiri ialah babahku.:)kata-katanya di hospital masa tu masih terngiang-ngiang di kepalaku.
'babah nampak kau belajar hari-hari,tak apa,it should be alright,babah BANGGA dengan kau,'
pergh!!hm thanks dad.kondisi beliau pon dah semakin pulih.dan pada masa yang sama ada lagi insan yang mengucapkan tahniah kepadaku.tak lupa gak kepada saudara-saudara yang memelukku,bangga denganku dan menghulurkan kertas biru.haha.tak sangka 7A pon dapat duit.


walaupun hampa,As individu,aku dah bangga gila kerana aku dah usaha gila2 dan doa.jadi keputusan tu semua di tanganNYA.Alhamdullilah.so congratz korang semua yang dapat 8A.banyak sangat yang dapat.x dapat nak sebut.semua pandai2.tak lupa juga kepada kedua ibu bapa dan guru2 yang tak kenal erti penat mengajarku.:)

TERIMA KASIH.

Sunday, December 19, 2010

cuti cuti Malaysia

Dari hari jumaat malam hingga ke ahad pagi,aku menghabiskan sisa-sisa masa bercuti ke pulau yang tercantik di benua asia dan setanding dengan pulau Hawai iaitu Port Dickson.ku dengar bingkisan ombak dan air yang mengalir sungguh jernih.

Permulaan cerita bermula pada hari jumaat.Setelah sampai lewat malam,semua saudara memanaskan dan merengangkan badan kerana kami akan menggunakan segala kudrat kami untuk bermain bola tengah2 malam.mesti letih kerana memerlukan stamina bukan?Tapi sayang kerana kami cuma bermain PES 2011 sehingga 4 pagi di dalam komputer riba:)

Berbekalkan tidur 2 jam setengah,kami bingkas bangun dan memulakan aktiviti.Tidak perlulah aku bersandiwara menceritakan semua aktiviti.Biasalah sukaneka,bananan boat,mandi dan sebagainya.Cuma sukan wajib bagi family kami ialah Bola Tampar.Aku memikul tugas yang paling berat sekali mengalahkan key player.huh.aku ditugaskan berdiri di depan jaring dan berdiri mcam model Calvin klein.seronok.:)tetapi ada la juga function aku bermain.banyak kot point aku bagi.inilah pertengahan cerita.

Cerita diakhiri dengan mengemas barang yang sebesar dua lori dan pulang ke rumah.Sepanjang percutian juga aku makan tahap gaban.diet seimbang entah ke mana.


Pengajaran yang dapat ku ambil daripada kisah ini ialah kita tidak boleh sesama sekali melupakan asal usul kita iaitu keluarga.apabila susah,merekalah kita cari.Jadi carilah highway untuk kita merapatkan ukhuwah sesana keluarga.:)

Gambar?aku bukan fotogenik pon.jadi tidak perlulah.

thanks story listener.

Wednesday, December 15, 2010

cinta :)

Cinta ialah satu perasaan kepada orang lain yang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata.hanya insan itu yang boleh rasa sendiri.jantung akan berdegup kencang apabila berhadapan dengan manusia yg kita cinta.omputih kata love,orang korea kata sarang.Ada apa dengan cinta?


Pagi tadi abah nak pergi kerja,dia mengadu damba yang dia sakit dada.kotak fikiranku hanya berfikir beliau hanya sakit dada biasa.dengan nawaitu ingin mencari sesuap nasi untuk family,dia teruskan kerja.Akhirnya hatiku menjadi gundah gulana apabila abah call dan memberitahu dia ditahan di hospital Tawakal.under ICU lagi.hm.apabila melawat beliau,kondisi beliau masih seperti biasa,hanya gelak ketawa yang kulihat.Cuba menyembunyikan kesakitan beliau.
doakan abah cepat sihat k?

Sementelahan itu aku,abah yang dah macam sihat walafiat dan abang2 tengok Malaysia vs Vietnam di komputer riba abangku melalui wireless yang ada di hospital itu.Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membedal vietnam 2-0.teruskan usaha RAJAGOPAL.banyak muslihat dia itu.:)

Berbalik kepada topik kita,aPa yang terlintas di minda mestilah boyfriend/girlfriend bukan?Cinta bukanlah hanya tertumpu di situ.Cinta itu universal.ia adalah satu kuasa yang x dpat disangkal kewujudannya.

Pertama sekali,Kita mestilah cinta kepada tuhan kita .tanpa dia,siapalah kita???dia lah maha kuasa,dialah sang pencipta:)
kemudian,cinta kepada diri sendiri,jikalau diri sendiri pun x dapat dicinta,apatah lagi orang lain??
Seterusnya,cinta kita kepada insan yang memperkenalkan kita kepada muka bumi ini,ibu dan bapa.cintailah mereka dengan sepenuh hati.
siapa yang tidak cinta kepada rakan-rakan?siapa yang dpat berdiri tegak tanpa rakan-rakan.merekalah dimensi dan corak hidup kita.mereka ada ketika kita memerlukan:)
dan akhir sekali,cinta kepada teman istimewa kita.inilah topik yang paling hangat didebatkan oleh semua ulama di dunia.tidak kisahlah apa yang orang lain kata.pendapat peribadiku kita sangat memerlukan teman istimewa ini:)
untuk apa?bagiku teman istimewa ini adalah perangsang semangat kita untuk terus ke depan.Supaya kita akan ada insan untuk diperlukan dan kita akan rasa diperlukan.dia juga boleh menjadi kawan kita untuk suka dan duka.tetapi ingat,kita tiada apa hubungan lansung dengan teman ini.Jadi berpegang tangan dan bermesra-mesra sama sekali dibantah.






Tuesday, December 14, 2010

cerita kembali :)

assalamualaikum,tak tahu kenapa aku teringin kembali mengarang blog ini.:)

harini cerita kita tak ada tema,pengajaran,sinopsis dan sebagainya.kerana nawaitu dihatiku baru sahaja ingin kembali mengarang blog ni.So untuk harini aku hanya ingin menceritakan perjalanan hidup yg penting buatku sepanjang bulan neh:)

Alhamdullilah,setelah 44 hari aku berjauhan,asing dengan mama dan abah ku,hidup membujang,kini mereka telah pulang menjalankan tanggungjwab mereka melaksanakan haji.tidak perlulah aku membazir wang di kedai Madinah atau Restoran Kak cik lagi.:)love mama abah.

untuk minggu depan,keputusan PMR nak keluar,berdegup kencang jantung hatiku umpama dikejar anjing.aku mendoakan semua dapat yang terbaik okayh:)

sepanjang bulan ini,aku tidak pernah lagi bertandang ke blik spbt.:)
mlas gila.tetapi kerana ajakan kak kuya dengan penuh lemah lembutnya,Inshaalah jumaat ini aku akan melaksanakan tugas:)
jom taw ddi.

ini sahaja yang terlintas di kotak mindaku buat masa ini.tetapi aku akan cuba meluahkan isi hati aku ke kalian dalam blog ini selalu.ikutkan diriku,mcam malas je nak update blog tetapi terima kasih kerana kawan2 yang menyuruh secara langsung atau tidak.:)
-Aie
-hazz
-kak adlyn
-dan lain lain.

harap korang gembira membaca coretan diriku:)

:)