Tuesday, October 25, 2011

Zati Syazwina.

















siapakah gadis yang membuat muka comel plus ala2 macam kat korea ni?anda kenal dia?x kan x kenal taiko Puncak Templer?hee :D.So Zati Syazwina,ezat ingin wish Happy 14 th bday!!.wohoo!dak2 dah semakin x dak2 ah neh?:p.Sorry ah okay ezat ingat nak call pukul 11.50 time nak 26 haribulan(nak buat kelainan ah konon,please!) but malam2 ni tiba2 sahaja telefon bimbitku yang x beberapa pintar(unsmart phone) menghilangkan diri.dalam nawaitu ingin bersekaip dan bertentang mata sahaja di lensa komputer tetapi wina sudah dibuai fantasi.Semoga Allah merahmati anda sentiasa dan selalu dilimpahkan dengan rezeki yang banyak. inshaAllah.:)

Jadi story listener semua,mari ler aku nak bercerita serba sedikit mengenai kami. x banyak pun.
















Nama Dia Zati Syazwina Binti Mohd Jamil.kitorang kenal di pusat pengajian Darul Ehsan,Selangor.X silap aku masa tu aku form 3 dan dia form 1.haa dia dah mula perasan akan muka hensemku ini di myspace kot masa tu.wina ni pada asalnya gf si Syamil.Jadi dari jauh ku lihat/tatap/jengok/ushar/pandang/hendap muka dia ada gaya2 sombong sikit.Jadi Malas ingin mengambil port.x kesah la port dickson mahupun port klang.Jadi nak dipendekkan cerita lepas habis PMR,disebabkan ada masalah tertentu.kitorang jadi rapat.wina ni pun berkongsi masalah dengan aku di laman facebook dan sebagainya.masa tuh baru lah ku tahu wina ni baik orangya.dan aku rasa aku rapat dengan dia pun sebab dak2 lah kot dengan zaidi zainuddin.Since tu kitorang bertambah rapat and sampai lah ke harini dan insyaAllah sampai hembusan terakhir.:).tetapi yang sedih ala2 cerita korea ialah apabila aku ingin meninggalkan Darul Ehsan.Masa tu dia berada pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.memang tragik.x challo2 pun di sekolah.tetapi malam terakhir aku di rumah dan ketika itu dia dah sampai rumah.kami bersekaip satu pagi.pagi tu dia tunjuk semua gambar dia kat mekah dan madinah satu per satu!lepas tu siap bercerita bagai semua.memang membuatkan jiwaku hiba.dari aku bertolak sampai lah tiba kat kuala lipis tu teringat2 je insiden pagi tuh.dan berita baiknya simtom skype kitorang melekat sampai sekarang.


Apa yang ada dengan wina ni?


AURA.hehe.serius kabo.wina ni mempunyai beberapa kateristik yang membuatkan diriku nak dekat dengannya.Antaranya wina ni orang dia jenis yang layan.contohnya,masa kegemilangan DAK2 dulu rasanya dia juga antara orang yang menaikkan benda tuh.oh pastu yang taiko selayang lah,taiko puncak temper ah,pegang kelantan ah.lepastu dia minat satu2nya cerita jepun bersiri yang aku tengok setakat ni iaitu 'my boss my hero'.ada la persamaan kat situ en.dia ni juga keluarga ahli muzik.ayah dia umpama shah kamikaze bermain gitar.cerita omputih 'scott pillgrim vs the world' juga merupakan filem omputih yang kami berdua minati.lepastuh dia ni x gedik langsung.Jadi dari situ nampak keikhlasan dia.:D.cara dia bercakap,gambar2 di laman sosial,semualah.haa dan muzik.citarasa memang sama kecuali Hujan sebab dia x minat lagu melayu.hmm.Seterusnya,Suara dia.:D.apabila anda menelefon dan dengar suara 'hello?'.pasti korang ingat professor mana yang angkat.hehe.suara dia teramatlah besar seperti professor einstein.dan mukanya sekali apabila berkaca mata.dia juga suka buat muka saintis dia tuh apabila bersekaip.:).











bersama bruno(bajet je)








Jadi kini aku berani mengatakan wina ni merupakan junior yang aku sayang!.:).Jadi ke seleksi syahdu,thanks wina sebab selalu layan ezat tanpa rasa bosan dan terus layan.thanks jugak sebab masih ingatkan ezat walaupun ku nun jauh di sana,kau jauh di sinun.:D.harap teruslah tidak melupakan ezat.jaga diri elok2,jadi selamat maju jaya dalam hidup!selalu berdoa okay?maaf sekali lagi sebab kes wish kejutan x menjadi.dan kata akhir,single terbaru syazwina tu akan disiapkan secepat mungkin okay?bye!!!!!





nota tambahan-esok balik maktab.skype camno?

Monday, August 29, 2011

raya oh raya.

secara automatik tiba2 jariku ingin membuat sedikit exercise lantas ku terus mengarang.Alhamdullilah kerinduan tahap impak maksima kepada teratak ku ini sudah dilepaskan.Ramadhan juga ku lalui dengan iman dan taqwa yang penuh.:)

Tiada apa2 yang ingin ku karang Selain susun formasi 4-4-2 jariku yang sepuluh ini meminta maaf.Yang jauh,dekat,rapat,ketat,sendat,padat.jikalau jiwa korang panas mengalahkan ghost rider dan jiwa korang hiba mengalahkan melihat cerita hindustan dek kerana diriku ini yang sememangya tidak sempurna,ampun ya.

Tahun ini ku sambut Syawal di tempat yang diiktiraf sebagai kawasan yang paling disayangi di dunia iaitu SELAYANG KU SAYANG.di samping sedare2,ku harap dapat menyambut lebaran bersama sabahabat2 handai yang disayangi mahupun benci.


Akhir kata,main mercun elok2.piece story listener :)

Saturday, July 9, 2011

watak TERKILLER!!











Siapakah dia??berambut ala ankh kamen rider,tubuhnya kurus,mukanya legend tapi hati cute,berkaca mata,kulitnya melayu tegar,.

dialah MUHAMMAD KHAIRI BIN RASHID.

Siapakah arjuna ini?

Hari ini tajuk kita mengenai satu watak yang memainkan peranan besar dalam ekspedisi hidup aku.Jadi bila bercerita mengenai watak mesti ada watak dan perwatakan.Mari kita selami sama2.

Watak

-berusia 16 tahun
-berambut hitam,berkaca mata,kurus dan tinggi.
-Mengambil PHD di SMK Darul Ehsan jurusan lukisan kejuruteraaan(A level)
-Menetap di Selayang Baru
-Jejaka tertampan di kawasan Batu Caves
-Memiliki blog yang sangat menarik.
-Presiden Kelab TAHA,Pengawas SPBT.erti lainnya berjawatan tinggi-
-Memiliki persoaniliti yang menarik.
-Memiliki sebuah motor berkuasa tinggi LC 135.WTQ.
-Bekerja sebagai kaunselor separuh masa di laman sosial twitter atau di telefon bimbit.siapa yang mempunyai masalah,sila hubungi dia.

Perwatakan
-Seorang yang sangat ceria dan tidak suka bersedih.
-Pandai membahagikan masa antara akademik dan masa peribadi.
-Seorang yang rajin dan bijak.
-menepati masa.
-Apabila dia mahukan sesuatu,dia akan cuba sehingga nafas terakhir.
-berkawan dengan semua golongan manusia.maknanya tidak sombong.
-Suka membuat lawak tapi kebanyakannya lawak Amir.
-Rajin melukis.
-dan yang paling penting,mempunyai SEMANGAT SETIA KAWAN YANG TINGGI.

Bagaimana kami berkenalan

-Aie ini dulu lain skit dari sekarang.orang memanggilnya mat remp-it.sejak dari form 1,dia tidak pernah gemar akanku.Tapi Manusia berubah.Dia belajar dari pengalaman dan mula rapat denganku dari tingkatan 3.

Bagaimana mahu menghubunginya?
-Aie twitter

Ingin berkongsi masalah dengannya?
-Aie twitter

Nak ajak race dengannya?
-Aie twitter

Nak one by one sparing?
-Aie twitter

Nak makan sama2?
-Aie twitter


Jadi kepada Aie,terima kasih setinggi gunung Everest aku ucapkan kerana menjadi watak yang penting dalam diriku semenjak tingkatan 3.kau macam kenal la plak erti bosan layan aku ni.Sekarang ni kita Jauh,tapi aku rasa mcam duduk kat Selayang lagi dengan kau.Aku sendiri tak tahu nak balas mcam mana.Banyak sangat jasa kau dah buat dekat aku.Dan yang paling penting jasa yang paling terbaru.aku rasa kau seorang sahaja kawan yang boleh membuat jasa sebesar itu.Cuma Allah SWT je yang boleh balas jasa kau.thanks sahabat.;)

Saturday, June 25, 2011

satu malam di hotel kuala lipis(jerantut)

Maaf coretan ringkas lagi kerana masa mcam cemburu dengan kita.Jadi firstly kudos kepada ayanda bonda kerana sudi datang jauh dari Selayang ku sayang untuk melawat diriku di sini.Sayang babah n mama.2ndly,kudos to fara fuyoo kerana memasukkan lagu2 yang begitu merdu di dalam pemain mp3 ku ini.:).yang ketiga,kudos to muhammad khairi kerana memberi cd kamen rider pada diriku :).Jadi mari rumuskan aktiviti aku.

-on9 sampai mata tiba2 ada corak seni berwarna merah.
-menahan kelopak mata dari ditutup melihat cd kamen rider.
-melihat maharaja lawak dari episod minggu lepas sehingga final.memang best bro.masih sayang pada jozan.dia tahu,dia gadisku,


BYE!!!

Sunday, June 12, 2011

adios amigo :')

terima kasih sejuta kali kepada sesiapa meluangkan masa bersama aku,nak ku coret nama satu per satu pun x sempat.Cuma jiwaku terasa gembira kerana masih ada yg sudi melepak bersama ku.Aku harap dapat jumpa kamu semua pada masa akan datang. x lupa kepada story listener yang x letih jari kelingking dan semua jari menaip akubukanfotogenik di komputer riba mereka.inshaAllah,kita akan berjumpa lagi ;)



Thursday, June 2, 2011

satu malam bersama hazrul hazim.:)

hari ni tiada topik yang kita hendak bincangkan.hari ni kembali ke plot asal iaitu ceritera Ahmad Izzat Syameer.:)

Tema kisah hari ni ialah satu malam di rumah Hazrul Hazim yang sudah bertahun2 plan tapi sekadar perancangan fantasi.Kini menjadi realiti.:D


Plot bermula dengan abangku yang tersyg menghantar ke rumah hazz pada petang rabu.Disebabkan ada kesulitan,Aku menumpang teduh di rumah haris lalu bermain tenis dengan semangatnya serta peluh membasahi pipi tetapi sekadar bermain permainan wii.:).Setelah sampai Di rumah hazz,Dengan perasaan gembira tahap roller coaster,kami sekadar duduk2 dan berbual2.Dari topik2 kampung smpai topik taraf antarabangsa,sehingga pukul 3 pagi kami berbual.


keesokan harinya,seperti yang dijanjikan,Piala tengkorak badminton pada pukul 8.30 pagi.Kami dengan semangatnya menepati masa.YE,8.30 pagi,kami baru bangun.bersiap dan terus keluar rumah mengejar waktu yang dah leading jauh,kami berjalan turun umpama bolt dan dijemput kakak faiz.tup tup smpai dah selayang mall ku bersih.(???)


RAMAI YANG HADIR.itu yang seronok.kami terus bermain dengan bersungguh2nya untuk mengecilkan phospolipid bilayer yang sedia ada.Akhirnya,kami semua akur akan kekuatan Haris Fadhillah.Beliau merupakan pemain terbaik hari itu.Syang sekali tiada kehadiran misbun sidek.kalau x dah lama haris kena ambil jadi pemain MALAYSIA.

Lari dari plan,kami menjamu Selera di Restoran 5 star direstoran food court.makanan yg dipesan chickeno riceo.tiba2 tukaq plan lagi.Semua sepakat untuk brentap bowling.Main 3 set plak tuh.Masa ni kadar nadi degupan jantungku mencapai 300 kali seminit akibat rasa gembira tak terhingga.Masa berbaloi bagiku.Sepatutnya haris boleh menang tapi x adil lah untuk semua.pemenang jatuh kepada Ahmad Izzat farah idayu lah.terima kasih kepada rakan seperjuangan iaitu Ayu kerana berjuang gila habis habisan memberi sokongan moral dan x baling lansung.:)


Setelah itu pulang ke rumah hazz dan menghabiskan masa berkualti bersama hazz,aie dan faiz.dengan mak hazz borong satu pasar malam,kami duduk mensendatkan hubungan silaturrahim.:)


Konklusi cerita ini ialah cara aku mencoret hari ini tidak cukup untuk menggambarkan perasaan gembira aku.terima kasih kepada hazrul,hanis arissa,AIE ,rasyid aww haha,peca,ayu,natrah,ian,faiz,Haris,haziq cool,haziq antara gapi kerana membuatkan urat senyumku terputus.






Monday, May 30, 2011

sahabat,ya mereka akan berubah,

Assalamualaikum story listener.Tidak dapat dinafikan senyum terukir tahap impak maksima apabila dapat bercuti.Panorama kehidupan sekolah harian dapat ku tatap kembali. .Jadi tanpa membuang detik kita terus ke jalan yang benar iaitu topik2 intelektual yang akan ku bincang.biasalah budak2 pandai neh mana ada topik2 biase2. :3


Aku rasa introduksi untuk topik ni x perlu ku ulas lanjut kot sebab aku rasa majoriti dah cerita benda ini kat blog/fb/twitter/ms/youtube atau laman sesawang yang ada hubungan darah dengannya.Semua dah cerita mengenai rakan2 mereka,mcam2lah.Jadi tanda tanya kat sini betul ke rakan2 sudah dikatakan rapat dengan hanya memaparkan mereka di laman2 ni?


Percayalah,setelah merantau di Lipis State yang bersuhu 0 celcius,apabila pulang kita akan sedar siapa kawan sebenar kita.Memang aku tidak mengharapkan paluan kompang yang deras apabila jejak kaki ke Selayang ini.Cuma aku Sedar ramai yang sudah berubah dan tidak seperti dulu.Mari kita bincangkan faktor2 mereka berubah.

1.Terpengaruh dengan kawan lain
2.Rasa mereka diri mereka hot dan rasa zaman ni zaman mereka.maklumlah budak high school la katakan.
3.Ada masalah2 individu.
4.Tunjuk identiti sebenar bila kita dah blah.



Aku tidak mahu spesifikkan orang ni kerana aku mengarang secara umum.Antara contoh2 aku boleh bagi.

1.Mula2 punya rendah diri,balik2 tengok punya lah dah PANAS umpama maggie yang sudah dijerang.kalau sentuh melecur.
2.Dulu punya rajin bertegur kat laman sosial semua,sekarang ni jari jemariku yang menaip perkataan 'hai :)' kat diorang.
3.Masa tingkatan 4 tahun lepas dia masuk asrama,hari2 hantar mesej kat aku,punya la kemaruk bercinta.sekarang aku masuk asrama,dia dah tingkatan 5 haram nak mesej.


Tapi aku juga merasakan kami yang berpindah ni je yang rasa sendiri . Orang baru berhijrah ke asrama ni perlukan perhatian lebih.Rasa bosan menyelubungi jiwa,rasa seperti mahu telefon semua yang ada dalam senarai panggilan.Jadi kebetulan insan yang dihubungi pula sibuk.terus cop mereka sombong dan sebagainya.Hal ini aku x dapat tolak.:)


Jadi nasihat aku kepada semua umat Adam dan Hawa sayangilah kawan anda walau berapa marhalah pun mereka berada.Jangan hipokrit okay!!aku syg kawan2 aku.