Sunday, February 27, 2011

coretan ringkas :)

Perhatian, dengan bangganya mengatakan saya sudah melakukan satu transformasi di dalam blog saya,bahasa dan gambar di atas neh.Cantik bukan??Ya2,Kotak minda anda mesti bertanya macam mana aku buat kan?haha.Semestinya bukan aku yang buat!Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada zati syazwina kerana dialah insan yang mengendalikan benda ini semua.

Maaf kerana saya tidak sempat mengarang.saya harap story listener usah marah ok?untuk pengetahuan kamu,UJIAN sudah berada sekitar simpang jalan.Tidak lama lagi ketuk depan rumah.Buku satu apa pun belum ku telaah.Semoga aku mendapat hidayah dari-Nya untuk membuka buku secepat mungkin.:)


Insha-Allah saya akan meriahkan blog ini dari semasa ke semasa.terima kasih.:)

Sunday, February 20, 2011

kayuhan pertama:)

Sebelum kisah bermula,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mama dan babah kerana sudi membelikan aku sebuah basikat gear tetap!story listener pon dah sedia maklum bahawa basikal yang lebih selesa dipanggil 'fixie' ini menjadi kegemaran muda-mudi zaman teknologi ini.:)

Pada pagi yang indah,burung berkicauan,ada yang bekerja,ada yang bergembira.HAHA.Pagi tadi merupakan kayuhan pertama aku secara rasminya.:)aku pergi bersama sahabat kawasan perumahanku.Aku,syafiq,aslam,huzair dan pitok bertolak ke destinasi kami iaitu empangan ulu yam pada pukul 8.00 pagi.Setelah sampai,terdapat sedikit pancaroba yang kami terima kerana pintu depan empangan ditutup.Nasib baik ada abang berbasikal rockbike tolong bukakkan.

Setelah sampai di puncak,nawaitu di hati kami ingin bergambar di atas bukit dengan panorama yang indah ,tapi sayang seribu kali sayang.Abang penjaga empangan yang berbadan ala2 batista datang kepada kami dan berkata 'dik,di sini x boleh tangkap gambar sebab..........'aku sendiri pun tidak tahu kenapa.Setelah puas mengayuh,Kami pun pulang dengan perasaan hampa kerana tiada satu helai gambar pun yang kami tangkap.Tetapi duka di hati terubat apabila kami bergambar jua di kawasan perumahan :D







hai saya Ahmad Izzat Syameer :)


























































































Azizul hasni Awang memecut!!!!!





















Mengikut perspektif diriku,aktiviti berbasikal seperti ini harus kerap dilakukan kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang malah menyihatkan tubuh badan dan menyelamatkan bumi ciptaan tuhan ini.Cuba kita lihat negara2 yang maju dari segi teknologi dan ekonomi seperti Jepun dan Korea.Mereka sendiri mengamalkan budaya berbasikal.Negara kita bila lagi??Sekian terima kasih :)



nota tambahan-Semoga azizul hasni cepat sembuh daripada kecederaan yang ditimpa tadi,perasaan sedih menusuk kalbu apabila dengar berita tadi.:(

Thursday, February 17, 2011

mendidih

Apakah yang dimaksudkan dengan mendidih???maksud mendidih ialah suatu benda yang telah dijerang atau dipanaskan dan perkataan yang digunakan apabila air itu mencapai tahap maksimum panas ialah mendidih.Tetapi tujuan aku mengeluarkan perkataan ini kerana perasaan hampa menusuk ke kalbu apabila perkataan mendidih digunakan oleh manusia zaman konkrit ini untuk tujuan lain.Tidak perlu penjelasan yang panjang,'Gua MENDIDIH la dengan lu'.:D


Pagi yang nian indah dapat aku rasakan apabila aku mendapat informasi kami semua akan ke dewan selepas rehat.Sebelum rehat,Ku timba sedikit ilmu b.i,sejarah dan matematik tambahan.Semasa rehat,aku pergi menjamu selera di tempat paling menarik dan menaikkan selera makan iaitu di tepi longkang.
Selepas rehat,aku terus ke dewan.Kami semua berselawat ke atas junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W,wiraku dulu,kini dan selamanya.Paling semangat masa ni memang Airil dengan Haziq ah.Mereka ni saing2 nik Aziz.Kemudian kami belajar sejarah serba sedikit mengenai Rasullullah dan lepaq lepaq tengok video mengenai anak yang tidak ada sebesar zarah pun dosanya tetapi dibuang dijalanan.nama sedap didengar,era globalisasi tetapi perangau serupa macam manusia zaman jahililah.
Setelah loceng berbunyi,aku terus ke bowling wangsa bowl untuk perjumpaan pertama kelab bowling.Malas mahu mengarang panjang,markah aku pun dah boleh gerak.Paling handal pada hari itu ialah syed azmeer kerana sekadar duduk di meja minum,menjadi mat jambu dan berpacaran.:)(tempat sesuai)l.dak dak barua pandai juga beramin bowling rupanya.Geng2 shalin seperti puteri,wan pun menghadirkan diri.Walaupun aku pulang lewat,tetapi aku masih boleh melemparkan senyuman setelah puas menghabiskan masa 'tensioning' di sekolah.Aku pulang menaiki teksi bersama kamarul,bob dan Najib Malaysia.


Pengajaran kisah aku pada hari ini ialah kita jangan terlalu tertekan dengan pelajaran dan hal sekolah.Apa salahnya sekali sekala kita menggunakan sedikit masa kita untuk hiburkan diri?jangan la asyik nak MENDIDIH je.sekian terima kasih

Thursday, February 10, 2011

dak dak mana?dak dak TAHA!

Malam semalam,aku khusyuk membuat kerja sekolah dengan penuh TEKUN.Jadi aku tidur lewat.Sedang aku lena dibuai dalam alam fantasi,telefon bimbit buat hal.dia sudah mula keluar nada2 supaya aku bangkit.Tetapi seribu kali sayang sekali kerana tilamku mempunyai kuasa tarikan magnet yang menarikkku kembali membuta.Buka kelopak mata,ushar waktu.7.00 pagi.semat x?



Sudah lambat,tiada transportasi pula.aku lantas mengejutkan babahku.Tetapi babahku boleh lagi acting cool.Seolah tiada apa2 berlaku.Siap2 sudah pukul 7.45.Kami pun gerak.Sampai sekolah pukul 8 kerana babah masih cool siap isi minyak lagi sebelum gerak.Mujurlah Kamarul jambu beritahu ada perjumpaan kelab.Sampai sahaja di sekolah sudah boleh lihat wajah aie dan am .Mereka hendak masuk kelab pelancongan.Setelah brainstorming,secara rawak ramai-ramai berhijrah ke kelab tabung haji aka taha.yeah!;D
Kelab ini merupakan kelab paling bongsu kat SMKDE.tahun 2011 tahun pertama.umi Zawiyah merupakan pengendali kelab ini.
Perasaan riak dan takabbur menusuk jiwaku apabila aku menjadi pengerusi kelab ini.jadi bawah aku semua barua-barua TAHA.hhaha.Syed jadi naib pengerusi.nabiel ajk form 4.Azim ajk form 2.rasyid taiko taha.ngam a tuh???












Siapa berani kacau kelab ni?:D













Selepas itu,aku naik ke Blok E yang DEKAT tuh.sejurus sampai perasaan aku masih hening dengan ketiadaaan ddi,hazz dan fadhli.hanya tinggal kamarul.Jadi aku teruskan visi menimba ilmu di dalam kelas.

Setelah bunyi loceng,kami merancang untuk bermain bowling dengan airil,nabiel,aie,am.Setelah berbincang di bilik SPBT.Akhirnya kami dengan semangatnya x jadi pergi.punca pertama am ah ada olahraga bagai.Jadi kami pun pergi ke zulqeff dagang house untuk membeli makanan.:)



Pengajaran dari kisah kali ini janganlah menjadi seorang yang pemalas.jadilah seorang yang berdisplin.Rancang hari anda sebetul-betulnya dan amalkan gaya bangun awal okayh!










Wednesday, February 9, 2011

:)

minta maaf story listener,pengarang A.K.A watak utama blog ini sedang mengalami masalah teknikal.kisah akan dikarang secapat mungkin..sekian terima kasih:)