Sunday, December 19, 2010

cuti cuti Malaysia

Dari hari jumaat malam hingga ke ahad pagi,aku menghabiskan sisa-sisa masa bercuti ke pulau yang tercantik di benua asia dan setanding dengan pulau Hawai iaitu Port Dickson.ku dengar bingkisan ombak dan air yang mengalir sungguh jernih.

Permulaan cerita bermula pada hari jumaat.Setelah sampai lewat malam,semua saudara memanaskan dan merengangkan badan kerana kami akan menggunakan segala kudrat kami untuk bermain bola tengah2 malam.mesti letih kerana memerlukan stamina bukan?Tapi sayang kerana kami cuma bermain PES 2011 sehingga 4 pagi di dalam komputer riba:)

Berbekalkan tidur 2 jam setengah,kami bingkas bangun dan memulakan aktiviti.Tidak perlulah aku bersandiwara menceritakan semua aktiviti.Biasalah sukaneka,bananan boat,mandi dan sebagainya.Cuma sukan wajib bagi family kami ialah Bola Tampar.Aku memikul tugas yang paling berat sekali mengalahkan key player.huh.aku ditugaskan berdiri di depan jaring dan berdiri mcam model Calvin klein.seronok.:)tetapi ada la juga function aku bermain.banyak kot point aku bagi.inilah pertengahan cerita.

Cerita diakhiri dengan mengemas barang yang sebesar dua lori dan pulang ke rumah.Sepanjang percutian juga aku makan tahap gaban.diet seimbang entah ke mana.


Pengajaran yang dapat ku ambil daripada kisah ini ialah kita tidak boleh sesama sekali melupakan asal usul kita iaitu keluarga.apabila susah,merekalah kita cari.Jadi carilah highway untuk kita merapatkan ukhuwah sesana keluarga.:)

Gambar?aku bukan fotogenik pon.jadi tidak perlulah.

thanks story listener.

No comments:

Post a Comment