Wednesday, December 15, 2010

cinta :)

Cinta ialah satu perasaan kepada orang lain yang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata.hanya insan itu yang boleh rasa sendiri.jantung akan berdegup kencang apabila berhadapan dengan manusia yg kita cinta.omputih kata love,orang korea kata sarang.Ada apa dengan cinta?


Pagi tadi abah nak pergi kerja,dia mengadu damba yang dia sakit dada.kotak fikiranku hanya berfikir beliau hanya sakit dada biasa.dengan nawaitu ingin mencari sesuap nasi untuk family,dia teruskan kerja.Akhirnya hatiku menjadi gundah gulana apabila abah call dan memberitahu dia ditahan di hospital Tawakal.under ICU lagi.hm.apabila melawat beliau,kondisi beliau masih seperti biasa,hanya gelak ketawa yang kulihat.Cuba menyembunyikan kesakitan beliau.
doakan abah cepat sihat k?

Sementelahan itu aku,abah yang dah macam sihat walafiat dan abang2 tengok Malaysia vs Vietnam di komputer riba abangku melalui wireless yang ada di hospital itu.Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membedal vietnam 2-0.teruskan usaha RAJAGOPAL.banyak muslihat dia itu.:)

Berbalik kepada topik kita,aPa yang terlintas di minda mestilah boyfriend/girlfriend bukan?Cinta bukanlah hanya tertumpu di situ.Cinta itu universal.ia adalah satu kuasa yang x dpat disangkal kewujudannya.

Pertama sekali,Kita mestilah cinta kepada tuhan kita .tanpa dia,siapalah kita???dia lah maha kuasa,dialah sang pencipta:)
kemudian,cinta kepada diri sendiri,jikalau diri sendiri pun x dapat dicinta,apatah lagi orang lain??
Seterusnya,cinta kita kepada insan yang memperkenalkan kita kepada muka bumi ini,ibu dan bapa.cintailah mereka dengan sepenuh hati.
siapa yang tidak cinta kepada rakan-rakan?siapa yang dpat berdiri tegak tanpa rakan-rakan.merekalah dimensi dan corak hidup kita.mereka ada ketika kita memerlukan:)
dan akhir sekali,cinta kepada teman istimewa kita.inilah topik yang paling hangat didebatkan oleh semua ulama di dunia.tidak kisahlah apa yang orang lain kata.pendapat peribadiku kita sangat memerlukan teman istimewa ini:)
untuk apa?bagiku teman istimewa ini adalah perangsang semangat kita untuk terus ke depan.Supaya kita akan ada insan untuk diperlukan dan kita akan rasa diperlukan.dia juga boleh menjadi kawan kita untuk suka dan duka.tetapi ingat,kita tiada apa hubungan lansung dengan teman ini.Jadi berpegang tangan dan bermesra-mesra sama sekali dibantah.






No comments:

Post a Comment