Thursday, February 17, 2011

mendidih

Apakah yang dimaksudkan dengan mendidih???maksud mendidih ialah suatu benda yang telah dijerang atau dipanaskan dan perkataan yang digunakan apabila air itu mencapai tahap maksimum panas ialah mendidih.Tetapi tujuan aku mengeluarkan perkataan ini kerana perasaan hampa menusuk ke kalbu apabila perkataan mendidih digunakan oleh manusia zaman konkrit ini untuk tujuan lain.Tidak perlu penjelasan yang panjang,'Gua MENDIDIH la dengan lu'.:D


Pagi yang nian indah dapat aku rasakan apabila aku mendapat informasi kami semua akan ke dewan selepas rehat.Sebelum rehat,Ku timba sedikit ilmu b.i,sejarah dan matematik tambahan.Semasa rehat,aku pergi menjamu selera di tempat paling menarik dan menaikkan selera makan iaitu di tepi longkang.
Selepas rehat,aku terus ke dewan.Kami semua berselawat ke atas junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W,wiraku dulu,kini dan selamanya.Paling semangat masa ni memang Airil dengan Haziq ah.Mereka ni saing2 nik Aziz.Kemudian kami belajar sejarah serba sedikit mengenai Rasullullah dan lepaq lepaq tengok video mengenai anak yang tidak ada sebesar zarah pun dosanya tetapi dibuang dijalanan.nama sedap didengar,era globalisasi tetapi perangau serupa macam manusia zaman jahililah.
Setelah loceng berbunyi,aku terus ke bowling wangsa bowl untuk perjumpaan pertama kelab bowling.Malas mahu mengarang panjang,markah aku pun dah boleh gerak.Paling handal pada hari itu ialah syed azmeer kerana sekadar duduk di meja minum,menjadi mat jambu dan berpacaran.:)(tempat sesuai)l.dak dak barua pandai juga beramin bowling rupanya.Geng2 shalin seperti puteri,wan pun menghadirkan diri.Walaupun aku pulang lewat,tetapi aku masih boleh melemparkan senyuman setelah puas menghabiskan masa 'tensioning' di sekolah.Aku pulang menaiki teksi bersama kamarul,bob dan Najib Malaysia.


Pengajaran kisah aku pada hari ini ialah kita jangan terlalu tertekan dengan pelajaran dan hal sekolah.Apa salahnya sekali sekala kita menggunakan sedikit masa kita untuk hiburkan diri?jangan la asyik nak MENDIDIH je.sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment