Sunday, February 20, 2011

kayuhan pertama:)

Sebelum kisah bermula,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mama dan babah kerana sudi membelikan aku sebuah basikat gear tetap!story listener pon dah sedia maklum bahawa basikal yang lebih selesa dipanggil 'fixie' ini menjadi kegemaran muda-mudi zaman teknologi ini.:)

Pada pagi yang indah,burung berkicauan,ada yang bekerja,ada yang bergembira.HAHA.Pagi tadi merupakan kayuhan pertama aku secara rasminya.:)aku pergi bersama sahabat kawasan perumahanku.Aku,syafiq,aslam,huzair dan pitok bertolak ke destinasi kami iaitu empangan ulu yam pada pukul 8.00 pagi.Setelah sampai,terdapat sedikit pancaroba yang kami terima kerana pintu depan empangan ditutup.Nasib baik ada abang berbasikal rockbike tolong bukakkan.

Setelah sampai di puncak,nawaitu di hati kami ingin bergambar di atas bukit dengan panorama yang indah ,tapi sayang seribu kali sayang.Abang penjaga empangan yang berbadan ala2 batista datang kepada kami dan berkata 'dik,di sini x boleh tangkap gambar sebab..........'aku sendiri pun tidak tahu kenapa.Setelah puas mengayuh,Kami pun pulang dengan perasaan hampa kerana tiada satu helai gambar pun yang kami tangkap.Tetapi duka di hati terubat apabila kami bergambar jua di kawasan perumahan :D







hai saya Ahmad Izzat Syameer :)


























































































Azizul hasni Awang memecut!!!!!





















Mengikut perspektif diriku,aktiviti berbasikal seperti ini harus kerap dilakukan kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang malah menyihatkan tubuh badan dan menyelamatkan bumi ciptaan tuhan ini.Cuba kita lihat negara2 yang maju dari segi teknologi dan ekonomi seperti Jepun dan Korea.Mereka sendiri mengamalkan budaya berbasikal.Negara kita bila lagi??Sekian terima kasih :)



nota tambahan-Semoga azizul hasni cepat sembuh daripada kecederaan yang ditimpa tadi,perasaan sedih menusuk kalbu apabila dengar berita tadi.:(

4 comments:

  1. dah boleh ganti Azizul Hasni Awang da ni :D

    ReplyDelete
  2. HAHA.
    dia pun tengah injured en sekarang,elok sangat a tuh.:D

    ReplyDelete
  3. brek kasi tanggal la abang gagah..hihih :P

    ReplyDelete
  4. ni sapa ni salam x bagi terus bagi tepat neh haha

    ReplyDelete